icon-search

Exhibition curated ~ Dreams : Transcending Physical Reality

Exhibition curated ~ Dreams : Transcending Physical Reality

Luahan 'mimpi' 11 artis

Originally published HERE.

Oleh Nurul Husna Mahmud

nurul_husna@hmetro.com.my

A view of the sea
PENGUNJUNG menikmati karya artis.

MENYINGKAP impian 11 artis menerusi perkongsian karya masing-masing menerusi pameran Dream : Transcending Physical Reality oleh Galeri Inner Joy Art di Petaling Jaya, Selangor antara resolusi tahun 2020 yang menarik bagi penulis.

Ia membabitkan kombinasi artis muda seawal usia 16 tahun hingga artis sudah bertapak dalam bidang seni lukis lebih 10 tahun.

Penganjur yang juga kurator pameran itu Dymphna Lanjuran, turut mendapat inspirasi daripada setiap penceritaan karya artis terbabit menerusi karya masing-masing hingga tercetusnya pameran berkenaan.

Dymphna berkata, dia sengaja menggabungkan artis muda dan berpengalaman dalam membantu kedua-duanya mendapat perspektif lebih segar baik dari segi penghasilan karya mahupun mempelbagaikan kumpulan pengunjung untuk menghayati lebih 40 lukisan dipamerkan.


“Mengenai karya kali ini sebenarnya saya kenal mereka menerusi acara Art Battle Malaysia anjuran UNHCR, Julai lalu yang mana membabitkan artis daripada komuniti pelarian. Saya kagum dengan bakat dan karya mereka yang menampilkan kematangan sendiri menerusi pengalaman peribadi.

“Kemudian pada September 2019 dalam satu lagi pameran yang lain, saya turut bertemu dengan artis lain yang bercerita mengenai bagaimana karya dihasilkan terkait dengan impian namun diceritakan secara abstrak menerusi medium mereka.

“Lihat sinergi artis ini mencetuskan kepada acara hari ini apabila platform untuk artis ini berkongsi dengan umum kisah mereka melalui karya masing-masing. Kebaikannya, ia boleh menarik peminat seni untuk mengikuti sekali perkembangan artis muda sehinggalah kepada rakan lebih senior,” katanya.

Pada pameran kali ini Dymphna tampilkan lebih 40 karya yang mana mempunyai penceritaan mengenai kesukaran artis dalam mencapai impian mereka selain takrifan setiap artis tersendiri mengenai mimpi atau impian.

Sementara itu artis muda Khadijah Shafaie berkata, dia gembira diberi peluang untuk tampil bersama artis lebih senior dalam pameran berkenaan.

“Lukisan adalah platform saya untuk luahkan apa yang saya ingin kongsikan mengenai dunia. Pameran kali ini boleh dikatakan relevan dengan karya saya apabila saya melihat komposisi seperti otak menjadi penggerak kepada imaginasi selain keinginan dalam naluri.

“Selain itu pada karya ini jugalah saya berkomunikasi dengan umum mengenai harapan dan perjalanan hidup termasuklah pengorbanan ibu saya yang membesarkan saya dan tiga saudara lain sendiri tanpa kasih bapa. Kekuatan ibu saya itu juga memberi inspirasi kepada karya dihasilkan dalam pameran ini.

“Dalam pameran ini saya tampilkan lima karya menggunakan medium cat akrilik dan minyak di atas kanvas. Saya berharap pameran ini secara tidak langsung akan memperkenalkan karya saya kepada peminat seni lukisan tanah air,” katanya yang berasal dari Afghanistan.

Khadijah pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Art Battle Malaysia dan memenangi tempat pertama menerusi karya bertajuk Soul of Animal.

Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 6:14am



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping